Thursday, July 8, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah ( 9 Julai )

Perjanjian Penubuhan Malaysia Ditandatangani di London

Pada hari ini dalam tahun 1963, satu perjanjian telah ditandatangani diantara kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak mengenai pembentukan Malaysia yang akan berkuatkuasa pada 31 Ogos 1963. Perjanjian ini telah ditandatangani di Malborough House iaitu Pejabat Perhubungan Commonwelth di London, hasil lanjutan daripada perundingan-perundingan yang telah diadakan sebelum ini. Pada majlis menandatangani perjanjian tersebut, Persekutuan Tanah Melayu telah diwakili oleh YTM Tunku Abdul Rahman, Singapura oleh Encik Lee Kuan Yew. Manakala Kerajaan Britian pula diwakili oleh Perdana Menterinya En. Harold MacMillan, Sarawak oleh Temenggong Jugah anak Bareing dan Sabah oleh Datu Mustapha Datu Harun. Perjanjian yang mengandungi 11 pasal antaranya menyentuh mengenai pengabungan ketiga-tiga buah negeri iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura dalam Persekutuan Tanah Melayu yang akan dikenali sebagai Malaysia. Ia juga turut menyentuh mengenai pelepasan kekuasaan dan kedaulatan British ke atas Sabah, Sarawak dan Singapura. Sesungguhnya, perjanjian yang ditandatangani pada hari ini adalah hasil yang dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman mengenai Gagasan Pembentukan Malaysia pada 27 Mei 1961.

0 comments:

Post a Comment