Ads 468x60px

Saturday, July 10, 2010

Semangat Baru & Azam Baru

Setelah tiga minggu tidak kedengaran, akhirnya IPG KBA sekali lagi dipenuhi oleh para pelajar yang membawa impian masing-masing. Terdapat juga mereka yang baru mula menjejakkan kaki mereka ke bumi IPG KBA ini. Ia merupakan alam yang baru untuk mereka. Namun apa yang pasti adalah setiap yang berada di IPG KBA ini mempunyai hasrat dan cita-cita yang tersendiri yang sentiasa diimpikan. oleh itu, kekalkanlah usaha kita dalam mencapai kejayaan kerana segala jawapan bagi persoalan kita akan terjawap sekiranya kita menggenggam kejayaan yang nyata dalam tangan. "Adalah lebih baik kita gagal selepas berusaha daripada kita menyerah kalah sebelum mencuba sesuatu"....

0 comments:

Post a Comment