Ads 468x60px

Wednesday, October 26, 2011

Laporan lawatan ke Parlimen Malaysia

Pada 17 Oktober yang lepas, Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar serta beberapa orang pelajar telah berpeluang untuk menjayakan sesi lawatan ke Parlimen Malaysia.
Lawatan rasmi yang julung-julung kali diadakan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ini disertai seramai 35 orang pelajar dan diiiringi 3 orang pensyarah dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG KBA.
Objektif utama lawatan seumpama ini dianjurkan adalah untuk mendedahkan tentang etika dan protokol semasa upacara rasmi seperti persidangan Dewan Rakyat kepada para guru pelatih yang terlibat. Selain itu, lawatan juga bertujuan untuk memberikan pengalaman serta pendedahan kepada pelajar terhadap situasi sebenar yang berlaku ketika persidangan berlangsung.
Jelas sekali, setelah melihat sendiri bagaimana bermulanya persidangan serta etika-etika yang perlu ada ketika menteri-menteri mengutarakan bicara, adalah satu pengalaman yang baru bagi semua yang terlibat pada lawatan pagi itu.
Tambahan pula, sesi penerangan yang telah diberikan oleh salah seorang pegawai di sana juga amat berinformasi serta memberi pendedahan yang amat berguna kepada guru pelatih khususnya pada masa akan datang.


JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR 2011
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA


Disediakan oleh,
Nur Baiti Binti Borhan
NAIB EXCO PROTOKOL
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA.

0 comments:

Post a Comment