Ads 468x60px

Friday, October 28, 2011

Perhimpunan Khas Timbalan Rektor IPGM Bersama Pelajar IPG KBA



Dr Lee Boon Hua
Timbalan Rektor IPGM

Pada 10 Otober yang lalu, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa telah menerima kunjungan daripada Timbalan Rektor IPGM, Dr Lee Boon Hua. "Orang Nombor 2" dalam IPG ini telah melakukan kunjungan ke Asrama Pantai Puri IPG KBA bagi meninjau persekitaran asrama ini pada sebelah paginya. Kemudian, setelah menyampaikan amanat kepada pensyarah di Auditorium Dato Razali Ismail, IPG KBA, beliau kemudiannya bersama-sama pelajar-pelajar IPG KBA di dalam satu perhimpunan khas yang bertempat di Dewan Besar, IPG KBA. Di dalam majlis tersebut, beliau banyak menekankan tentang pentingnya guru sebagai ejen kepada perubahan masyarakat. Beliau juga menegaskan bahawa jika tiada minat di dalam bidang pendidikan, seorang guru hanya akan merugikan masa dan anak muridnya. Justeru, beliau menegaskan bahawa adalah penting bagi seseorang guru untuk menjiwai watak dan perjuangan seorang guru yang disifatkan mulia dan menjadi ejen pembentuk masa hadapan negara. 

Di kesempatan ini, beliau juga berkongsi pengalaman beliau ketika awal-awal perkhidmatannya dalam profesion keguruan ini. Beliau telah ditempatkan di Jeli, Kelantan dan menjadi cabaran kepadanya kerana Bahasa Inggeris adalah asing bagi masyarakat di sana. Namun, beliau menegaskan bahawa itu adalah cabaran baginya dan selaku seorang guru, beliau harus melakukan sesuatu bagi merubah keadaan ini. Sesi selama sejam itu berakhir sejurus sahaja tamat sesi soal jawab bersama Timbalan Rektor itu. Semoga semua guru pelatih dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari amanat yang telah disampaikan Dr Lee Boon Hua. Berikut adalah beberapa gambar dan rakaman ucapan Dr Lee Boon Hua yang sempat dirakam:









0 comments:

Post a Comment