Monday, July 25, 2011

Peraturan Buku Balik Kampung

Assalamualaikum/Selamat Sejahtera

Setelah berbincang dengan Ketua Warden pihak JPP dan pihak warden telah mendapat beberapa kata sepakat:

1. Bagi urusan balik kampung mingguan, tandatangan warden adalah tidak diperlukan cuma perlu mengisi ruangan selain daripada tandatangan warden.

2.Buku balik kampung akan disimpan oleh pengawal keselamatan.

3.Jika ingin mendapatkan kembali buku balik kampung tersebut, pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan kepada pengawal keselamatan dan buku tersebut akan diberikan.(ini adalah bagi menangani masalah kehilangan buku)

4.Bagi urusan balik kampung pada akhir setiap sem, tidak perlu lagi borang keluar ataupun borang masuk tetapi hanya memerlukan buku balik kampung ditandatangani oleh warden sebagai pengesahan.

5.Buku balik kampung sekarang sudah boleh dibeli di pejabat asrama.

semoga semua pihak boleh memberikan kerjasama.

0 comments:

Post a Comment