Ads 468x60px

Sunday, February 20, 2011

Istiadat Konvokesyen 2011

Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru 2011

PISMP Ambilan Januari 2007 KPLI

Tarikh: 
15 - 18 Mac 2011

Tempat: 
Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Presint 5, Putrajaya.


* Pengambilan Pakaian Akademik *
~ 15 Mac 2011 ~
~ 8.30 Pagi - 10.30 Pagi ~
 ~ Kaunter Pendaftaran PICC, Putrajaya ~

Urusan pinjaman selepas dari tarikh dan waktu di atas tidak akan dipertimbangkan.

Anda dikehendaki melengkapkan Borang Peminjaman Pakaian Akademik (Lampiran 1) dan membawanya bersama semasa mengambil Pakaian Akademik.

Hanya bakal graduan sahaja yang dibenarkan mengambil pakaian akademik, kecuali dalam kes-kes kecemasan dan kesihatan dibenarkan wakil graduan mengambilnya dengan membawa borang kebenaran untuk wakil mengambil Pakaian Akademik (Lampiran 2).

PAKAIAN AKADEMIK:

LELAKI:
Anda DIKEHENDAKI berpakaian kemas iaitu lounge suit atau pakaian kebangsaan dan berkasut kulit hitam bagi lelaki.

PEREMPUAN:
Baju kurung atau kebaya atau pakaian lain yang sopan, tidak terlalu ketat dan haruslah labuh ke bawah paras lutut dan berkasut sarung (bukan tumit tinggi dan bukan selipar) bagi perempuan.

Warna asas bagi keseluruhan jubah graduan adalah sama, iaitu warna Royal Blue atau biru tua

Anda juga DIKEHENDAKI mengenakan pakaian akademik iaitu jubah dan topi (mortar board).

***PENTING***

Graduan yang tidak memakai pakaian akademik yang lengkap tidak dibenarkan menyertai Istiadat Konvokesyen. Semua graduan tidak dibenarkan keluar dewan sehingga Istiadat Konvokesyen selesai.

Anda dikehendaki berpakaian formal (pakaian kerja) semasa hadir hari pendaftaran dan raptai.

Pihak urusetia mungkin tidak akan membenarkan bakal graduan mendaftar sekiranya tidak mematuhi etika berpakaian seorang GURU.

*Untuk Maklumat Lanjut dan Borang-borang Lampiran.
[Sila Klik](Link IPG Kampus Keningau)

0 comments:

Post a Comment