Friday, October 1, 2010

MKI- MAJLIS PENUTUP MINGGU KESENIAN ISLAM IPG-KBA

Pada 23 September 2010, Minggu Kesenian Islam ini telah berakhir. Satu majlis penutup telah diadakan bagi menyempurnakan majlis tersebut. Minggu Kesenian Islam (MKI) ini adalah anjuran JAPIM yang dilaksanakan bersama-sama MPP dan Majlis Nuqaba' IPG-KBA.

Seluruh pelajar IPG-KBA dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini. Majlis ini sekali lagi menampilkan Kumpulan Nasyid Zafran untuk membuat persembahan pada hari tersebut. Ternyata kumpulan nasyid ini mendapat sambutan dari kalangan para pelajar IPG-KBA. tidak ketinggalan, persembahan deklamasian sajak oleh saudari Zatil dari Kelas TESL turut memeriahkan majlis.

Kesemua pemenang bagi pertandingan yang dijalankan sepanjang Minggu Kesenian Islam ini disampaikan pada hari tersebut oleh Ustaz Ismail, Ketua Jabatan Pengajian Islam & Moral.

1 comments:

ASyraff Ryu said...

Tahniah kepada sesiapa yang telah menjayakan majlis ini secara langsung ataupun tidak~

Post a Comment