Saturday, May 8, 2010










PERHIMPUNAN PROFESIONALISME PELAJAR.

Khamis,6 Mei 2010

MPP Bersama Suruhanjaya Pilihanraya.


Pada 6 Mei yang lalu, Majlis Perwakilan Pelajar IPG-Kampus Bahasa Antarabangsa dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya telah berjaya menganjurkan sesi ceramah yang disampaikan sendiri oleh wakil SPR iaitu En. Mohamed Mokhtar bin Ahmad,Pegawai Latihan Akademi Pilihanraya 1.

Seramai 250 pelajar telah hadir ke majlis tersebut yang telah diadakan di Dewan Besar IPG-KBA.
Kaunter SPR pula telah dibuka pada 6 dan 7 Mei dan pada hari pertama telah mencatatkan seramai 38 orang telah mendaftar.

Kami dari MPP ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutamanya pelajar,pensyarah dan wakil SPR kerana telah menjayakan Majlis ini.


Mohd Khairul Ikhwan Bin Kamaruddin
Exco Kebajikan
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/2011

0 comments:

Post a Comment