Ads 468x60px

Sunday, May 23, 2010

Mesyuarat Perancangan Strategik MPP IPG KBA

Pada 14 - 16 Mei 2010, telah berlangsung satu Mesyuarat Perancangan Strategik MPP IPG KBA 2010/2011. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Hotel Mesra Port Dickson, Negeri Sembilan. 26 orang Ahli Majlis Perwakilan Pelajar telah menyertai Mesyuarat tersebut. Antara agenda-agenda Mesyuarat adalah:

  • Menyiapkan Kertas Kerja yang bakal dijalankan sepanjang tahun 2010/2011.
  • Menentukan Kertas Kerja yang bakal dilangsungkan sepanjang tahun 2010/2011.
  • Menentukan format PORTFOLIO setiap EXCO MPP.
  • Taklimat mengenai Data Pelajar, Disiplin Pelajar dan Kebajikan Pelajar.
Kertas-kertas kerja yang telah dipersetujui oleh Majlis Tertinggi MPP, telah dibentangkan dan dipersetujui oleh Ahli Mesyuarat yang mana kertas-kertas kerja ini bakal dilangsungkan sepanjang tahun 2010/2011.
Diharapkan input-input Mesyuarat dapat diserap oleh Ahli MPP dan diamalkan hingga ke akhir hayat. Dan juga diharap agar Majlis-Majlis yang bakal berlangsung kelak mendapat sambutan Warga IPG KBA sekalian.





0 comments:

Post a Comment