Ads 468x60px

Featured Posts

Monday, August 27, 2012

Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-55 Peringkat IPG KBA

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera


Tentatif Program

1 ptg - 2 ptg = Tahlil dan bacaan Yassin, Solat Zuhur Berjemaah
2 ptg - 2.15 ptg = Perarakan Merdeka
2.15 ptg - 2.30 ptg = Persembahan Khas Merdeka
2.30 ptg - 3.45 ptg = Bicara Merdeka - Merdekakah Kita
3.45 ptg - 4.00 ptg = Upacara Menaikkan Bendera dan Nyanyian Lagu Negaraku
4 ptg - 5 ptg = Minuman Petang "Mengenang Merdeka"


Pakaian adalah baju kebangsaan ataupun baju batik

Jika ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi JPP hotline = 0134879544

Disediakan oleh,
SADRUDDIN SHAHRIL BIN AZMEI
Naib Yang Dipertua 1
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG KBA 2012/2013

Sunday, February 26, 2012

FORUM KHAS PELAJAR & MAJLIS PEMBUBARAN JPP 2011/12

FORUM KHAS PELAJAR &
MAJLIS PEMBUBARAN JPP SESI 2011/2012

Tarikh : 27 FEBRUARI 2012 (ISNIN)
Masa : 2.00 PETANG
Tempat : DEWAN BESAR IPG KBA

KEHADIRAN PARA PELAJAR ADALAH DIWAJIBKAN

Tuesday, January 24, 2012

Majlis Apresiasi JPP 2011

Pada tanggal 11/11/2011, telah diadakan satu majlis iaitu Majlis Apresiasi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa. Objektif utama diadakan majlis ringkas seumpama ini adalah untuk meraikan serta sebagai satu simbolik penghargaan kepada mantan-mantan MPP/JPP yang pernah berkhidmat terutamanya pada mantan-mantan yang akan menamatkan pengajian. Majlis ringkas yang julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh Pengarah IPG-KBA, Hjh Raja Azizah Hanim binti Raja Abd. Aziz, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, En. Mohamad Nazri bin Mohd Yusof serta ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua unit  dan juga pensyarah.

Ucapan daripada KJ HEP
Turut kelihatan: Yang Dipertua(kiri) dan Pengarah IPG KBA(kanan)
Ucapan daripada Pengarah IPG KBA

Mantan NYDP 1, Mantan TYDP, Mantan NYDP dan Mantan YDP

Antara rakan-rakan yang hadir
Ketua-ketua Jabatan
Mendahului senarai penerima, Saudara Muhammad Faruqhi
(Mantan Yang Dipertua sesi 2010)

Penerima cenderamata Apresiasi JPP 2011

  Berikut adalah senarai nama penerima cenderamata:


BIL.
NAMA
I/C NO
JAWATAN
TAHUN
1.
MOHD AISAMUDDIN MAT HASSAN
870718-56-5449
YANG DIPERTUA (YDP)
SESI 2007/2008
2.
MUHAMMAD FARUQHI BIN AZMI
880927-26-5441
YANG DIPERTUA (YDP)
SESI 2010/2011
3.
MOHD FAZRIL BIN MOHD FOIZI
880124-09-5125
TIMBALAN YANG DIPERTUA (TYDP)
SESI 2010/2011
4.
MOHAMAD HIZRIAN BIN ROSLEE
871218-52-5779
SETIAUSAHA AGUNG
SESI 2010/2011
5.
MOHD JUWAIDI BIN ILYAS
870426-02-5133
EXCO KEUSAHAWANAN DAN KERJAYA
SESI 2010/2011
6.
AHMAD ZULHILMI BIN ISHAK
880205-02-5139
EXCO PROTOKOL
SESI 2010/2011
7.
MOHD FARHAN BIN ABDUL HAMID
880327-10-5575
EXCO SUKAN
SESI 2007/2008
8.
MUHAMMAD NURKHIFZAN BIN ISNIN
881119-23-5863
BENDAHARI KEHORMAT
SESI 2008/2009
9.
PAMELLA LANYAU
881026-52-5132
ECXO PROTOKOL
SESI 2007/2008
10.
MUHAMMAD FAISAL BIN MOHD MUSTIMAN
880512-01-5133
EXCO ASRAMA
SESI 2009/2010
11.
MUHAMMAD UZAIR BIN MOHAMAD
881017-26-5199
EXCO AKADEMIK
SESI 2008/2090
12.
ABDUL RAHMAN BIN IDRIS
880118-08-5301
EXCO KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
SESI 2008/2009
13.
AZRIQ AIMAN BIN AZMAN
880416-08-5561
NAIB YDP3 (SUKAN, REKREASI DAN KEBUDAYAAN
SESI 2007/2008
14.
MOHD AIZAT BIN OMAR
880804-56-6113
NAIB YANG DIPERTUA 1
SISI 2007/2008
15.
MUHAMMAD AZAR SYAFIQ BIN AZNI
890923-06-5791
EXCO ICT DAN KEBUDAYAAN
SESI 2007/2008
16.
IBRAHIM BIN YUSOF
890502-04-5135
EXCO ASRAMA
SESI 2007/2008
17.
NORFARIHAH BINTI MOHD SAHROM
880101-09-5028
EXCO KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN
SESI 2007/2008
18.
FARIS SYIMIR BIN ROZAINI
881012-26-5587
EXCO ICT DAN PENERBITAN
SESI 2007/2008
19.
DENISH SEVAKUMARAN
880925-08-5615
SETIAUSAHA PROGRAM KHAS MPP
SESI 2007/2008

Terima kasih atas keringat yang telah dicurahkan.
Jasamu Dikenang.

Disediakan oleh,
MOHD KHAIRUL IKHWAN BIN KAMARUDDIN
Naib Yang Dipertua 2
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2011/2012

Tuesday, January 3, 2012

Selamat Pulang IPBArian


Apa khabar semua? Harapnya kita semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berada di bawah payung lindungan Allah SWT. Mungkin pada waktu ini ada yang sedang menghela nafas yang panjang setelah selesai mengemas bilik, “unboxed” barang-barang di dalam kotak, selesai mop lantai dan ada juga yang sedang berfikir “Esok nak pakai baju apa yer?’

Ya, kelas akan bermula esok hari. Sebulan lebih bersama keluarga, sekarang adalah fasa bersama rakan dan pensyarah pula. Boleh dikatakan, sekarang adalah waktu sesuai untuk memanaskan enjin yang mungkin sudah lama tidak berfungsi. Esok adalah harinya. Esok adalah hari untuk kita sama-sama meneruskan misi dan impian kita bersama.

“Rileks lah bro, awal lagi ni.. Kenapa nak semangat2?”

Bukanlah niat di hati ini mahu dikatakan, mula sahaja waktu kelas, semua perlu memandang buku, buku dan buku sahaja. Seperti yang saya katakan tadi, sekarang ialah waktu memanaskan enjin. Memanaskan enjin dalam erti kata lain ialah,membetulkan niat. Niat kita ke sini bukan untuk bersukaria ataupun menghabiskan masa sewenangnya. Kita di sini untuk melatih diri kita menjadi WARGA PENDIDIK yang TERBAIK. Jika bukan yang terbaik di kalangan rakan-rakan sekelas, sekurang-kurangnya kita menjadi PENDIDIK yang TERBAIK untuk diri sendiri.

Di taman ilmu IPBA inilah tempat kita mengaut semua ilmu yang ada, mengeluarkan semua potensi diri kita yang ada. Jika pada tahun 2011 kita hanya menjadi pelajar yang “biasa-biasa” sahaja, tanamkan dalam diri sendiri kita mahu menjadi pelajar yang luar biasa pada tahun 2012 ini. Bukankah sang pujangga pernah berkata, “Mereka yang beruntung adalah hari ini adalah lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini:

Paling penting, betulkan niat masing-masing. Lakukan segalanya hanya kerana Allah Ta’ala. Mudah-mudahan segala amalan tidak sia-sia, malah lebih diberkati dan dipermudahkan.

Anda semua adalah individu pilihan, jangan sia-siakan peluang yang ada. Saya bagi pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar mendoakan agar kita sama-sama beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.

Selamat Berjuang IPBArian!


-Safwan Fikri Buyamin-

Yang diPertua, Jawatakuasa Perwakilan Pelajar, IPGKBA




Friday, November 18, 2011

Manifestasi Percutian


Tatkala tulisan ini dinukilkan, mungkin kebanyakan daripada kita sedang beristerirehat bersama keluarga tercinta, bermain dengan adik-beradik ataupun sedang sibuk melayari Facebook di rumah masing-masing. Percutian merupakan satu masa yang paling ideal untuk kita berehat setelah berhempas-pulas mengikuti sesi pembelajaran di kampus tercinta, IPGKBA.

Mungkin ada yang sudah membuat perancangan tentang apa yang ingin dibuat ketika bercuti selama kira-kira 6 minggu ini. Jika pernah mengikuti pengajian di luar negara contohnya di benua Australia, pastinya ada di antara kita yang sudah menjelajah ke merata pelosok benua ketika waktu bercuti ini. Mengembara ke bandaraya Sydney untuk menghayati keindahan permandangan Sydney Opera House misalnya, ataupun mencuba keberanian menaiki RolerCoaster Superman Escape di Movie World di Queensland, ataupun sekadar membeli belah di DFO di Southern Cross, Melbourne City. Tidak lupa juga melancong di dalam negeri contohnya melawat pulau Langkawi, Pulau TIoman ataupun Sungai Retang di Pahang.

Segalanya anda boleh lakukan ketika waktu percutian ini. Waktu inilah anda boleh gunakan untuk menambah duit poket membuat kerja sambilan, mencari pengalaman bekerja dan sebagainya. Setidak-tidaknya jika di rumah, menolong ibu dan ayah berkebun ataupun membasuh kereta.

Walau apa pun yang anda lakukan, pastikan anda sematkan niat melakukan segalanya kerana Allah S.W.T. Semuanya akan menjadi satu ibadah dan segala pekerjaan yang anda lakukan tidak akan sia-sia dan mendapat keberkatan. InsyaAllah. Penuhkan aktiviti yang sewajarnya ketika dalam mood bercuti ini agar percutian ini dapat menjadi percutian terindah bagi anda semua.

Saya sebagai wakil dari Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga IPGKBA. Jaga keselamatan diri di mana sahaja anda berada. Semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan dengan harapan dan semangat iltizam bersama keberkatan Tuhan Yang Maha Esa. Salam sayang daripada kami semua.

Safwan Fikri Bin Buyamin

Yang DiPertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, IPGKBA


Friday, October 28, 2011

Perhimpunan Khas Timbalan Rektor IPGM Bersama Pelajar IPG KBA



Dr Lee Boon Hua
Timbalan Rektor IPGM

Pada 10 Otober yang lalu, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa telah menerima kunjungan daripada Timbalan Rektor IPGM, Dr Lee Boon Hua. "Orang Nombor 2" dalam IPG ini telah melakukan kunjungan ke Asrama Pantai Puri IPG KBA bagi meninjau persekitaran asrama ini pada sebelah paginya. Kemudian, setelah menyampaikan amanat kepada pensyarah di Auditorium Dato Razali Ismail, IPG KBA, beliau kemudiannya bersama-sama pelajar-pelajar IPG KBA di dalam satu perhimpunan khas yang bertempat di Dewan Besar, IPG KBA. Di dalam majlis tersebut, beliau banyak menekankan tentang pentingnya guru sebagai ejen kepada perubahan masyarakat. Beliau juga menegaskan bahawa jika tiada minat di dalam bidang pendidikan, seorang guru hanya akan merugikan masa dan anak muridnya. Justeru, beliau menegaskan bahawa adalah penting bagi seseorang guru untuk menjiwai watak dan perjuangan seorang guru yang disifatkan mulia dan menjadi ejen pembentuk masa hadapan negara. 

Di kesempatan ini, beliau juga berkongsi pengalaman beliau ketika awal-awal perkhidmatannya dalam profesion keguruan ini. Beliau telah ditempatkan di Jeli, Kelantan dan menjadi cabaran kepadanya kerana Bahasa Inggeris adalah asing bagi masyarakat di sana. Namun, beliau menegaskan bahawa itu adalah cabaran baginya dan selaku seorang guru, beliau harus melakukan sesuatu bagi merubah keadaan ini. Sesi selama sejam itu berakhir sejurus sahaja tamat sesi soal jawab bersama Timbalan Rektor itu. Semoga semua guru pelatih dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari amanat yang telah disampaikan Dr Lee Boon Hua. Berikut adalah beberapa gambar dan rakaman ucapan Dr Lee Boon Hua yang sempat dirakam:









Wednesday, October 26, 2011

Laporan lawatan ke Parlimen Malaysia

Pada 17 Oktober yang lepas, Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar serta beberapa orang pelajar telah berpeluang untuk menjayakan sesi lawatan ke Parlimen Malaysia.
Lawatan rasmi yang julung-julung kali diadakan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ini disertai seramai 35 orang pelajar dan diiiringi 3 orang pensyarah dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG KBA.
Objektif utama lawatan seumpama ini dianjurkan adalah untuk mendedahkan tentang etika dan protokol semasa upacara rasmi seperti persidangan Dewan Rakyat kepada para guru pelatih yang terlibat. Selain itu, lawatan juga bertujuan untuk memberikan pengalaman serta pendedahan kepada pelajar terhadap situasi sebenar yang berlaku ketika persidangan berlangsung.
Jelas sekali, setelah melihat sendiri bagaimana bermulanya persidangan serta etika-etika yang perlu ada ketika menteri-menteri mengutarakan bicara, adalah satu pengalaman yang baru bagi semua yang terlibat pada lawatan pagi itu.
Tambahan pula, sesi penerangan yang telah diberikan oleh salah seorang pegawai di sana juga amat berinformasi serta memberi pendedahan yang amat berguna kepada guru pelatih khususnya pada masa akan datang.


JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR 2011
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA


Disediakan oleh,
Nur Baiti Binti Borhan
NAIB EXCO PROTOKOL
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA.

Saturday, October 8, 2011

Lawatan ke Asrama IPG-Kampus Ilmu Khas, Cheras

Pada 8 Oktober 2011, Institut Pendidikan Guru-Kampus Ilmu Khas telah mengadakan hari Asrama Terbuka institut tersebut. Terletak di Cheras, Kuala Lumpur, asrama institut ini menampung sebanyak 400 guru pelatih. Ketika dalam majlis perasmian hari terbuka asrama IPG-KIK ini, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar institut ini menyatakan walaupun asrama institut ini terdiri daripada bangunan lama, namun ia bukanlah satu penghalang bagi pihak institut untuk menjadikan asrama sebagai satu tempat yang kondusif buat guru pelatih. Ini dapat dilihat dari segi pencapaian IPG-KIK dalam pertandingan asrama peringkat IPG dan dinobat sebagai johan pada tahun 2010. Turut dijemput ke program ini adalah wakil-wakil Jawatankuasa Perwakilan Pelajar(JPP) dari IPG di sekitar lembah kelang. IPG-Kampus Bahasa Antarabangsa juga dijemput dan diwakili oleh Naib Yang Dipertua 2 bersama-sama Exco Perhubungan Domestik dan Antarabangsa. Mungkin warga IPG-KBA boleh menilai dan mengambil pengajaran positif bagaimana pihak IPG-KIK menguruskan asrama mereka. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sempena program tersebut.











Disediakan oleh,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
Kuala Lumpur