Ads 468x60px

Showing posts with label exco perhubungan. Show all posts
Showing posts with label exco perhubungan. Show all posts

Saturday, October 8, 2011

Lawatan ke Asrama IPG-Kampus Ilmu Khas, Cheras

Pada 8 Oktober 2011, Institut Pendidikan Guru-Kampus Ilmu Khas telah mengadakan hari Asrama Terbuka institut tersebut. Terletak di Cheras, Kuala Lumpur, asrama institut ini menampung sebanyak 400 guru pelatih. Ketika dalam majlis perasmian hari terbuka asrama IPG-KIK ini, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar institut ini menyatakan walaupun asrama institut ini terdiri daripada bangunan lama, namun ia bukanlah satu penghalang bagi pihak institut untuk menjadikan asrama sebagai satu tempat yang kondusif buat guru pelatih. Ini dapat dilihat dari segi pencapaian IPG-KIK dalam pertandingan asrama peringkat IPG dan dinobat sebagai johan pada tahun 2010. Turut dijemput ke program ini adalah wakil-wakil Jawatankuasa Perwakilan Pelajar(JPP) dari IPG di sekitar lembah kelang. IPG-Kampus Bahasa Antarabangsa juga dijemput dan diwakili oleh Naib Yang Dipertua 2 bersama-sama Exco Perhubungan Domestik dan Antarabangsa. Mungkin warga IPG-KBA boleh menilai dan mengambil pengajaran positif bagaimana pihak IPG-KIK menguruskan asrama mereka. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sempena program tersebut.











Disediakan oleh,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
Kuala Lumpur

Friday, May 14, 2010

Hari Guru 2010

" Guru Pembina Negara Bangsa "

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Objektif Sambutan Hari Guru :
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Ikrar Hari Guru :

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.


Lirik Lagu "Guru Malaysia"

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad




Monday, May 10, 2010

Bidang Tugas Exco Perhubungan MPP IPG KBA & Senarai Ketua Kelas IPG-KBA

Kami di bahagian Exco Perhubungan MPP IPG KBA menjalankan tugas-tugas seperti berikut :

1. Menyampaikan setiap maklumat atau aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak MPP kepada setiap ketua kelas .

2. Menyebarkan peringatan tentang Perhimpunan Profesionalisme Pelajar kepada setiap ketua kelas supaya disampaikan kepada rakan-rakan sekelas yang lain .

3. Sentiasa berhubung dengan setiap ketua kelas jika terdapat sebarang kesilapan atau kekeliruan terhadap sebarang maklumat yang disampaikan oleh pihak kami .

4. Menjadi penghubung di antara MPP-MPP setiap IPG.

5. Menganjurkan program lawatan luar dan setiap program yang melibatkan pihak luar.

6.Bertanggungjawab menghubungi pihak yang berkaitan sekiranya ada lawatan bagi memudahkan kerja dan menguruskan segala urusan yang berkaitan.

7. Juga menjadi perantara MPP dengan pelajar serta pentadbiran.

8.Merangka program dalaman yang dapat memberi manfaat kepada semua pelajar.

9.Mendapatkan data seperti no telefon setiap ketua kelas bagi memudahkan sebarang urusan yang dijalankan oleh pihak kami.

10. Menyediakan laporan lengkap bagi setiap aktiviti yang dijalankan.

Sekian sahaja untuk kali ini...Wassalam..

Muhammad Ash Syahid bin Haji Ismail- Naib Exco Perhubungan MPP IPG-KBA