Memandangkan kita semua sudah hampir dengan kertas-kertas peperiksaan, marilah kita sama-sama menjengah 10 petua yang diberikan oleh Barbara Bartlein tentang kejayaan.
1. Kejayaan adalah mendapat keputusan yang diingini, dengan cara yang disukai.
2. Kejayaan adalah apabila seseorang itu mempunyai cita-cita dan merancang cita-cita.
3. Kejayaan itu datang bersama cinta dan penghormatan daripada sekeliling.
4. Kejayaan adalah dengan sanggup berbakti kepada masyarakat dengan ikhlas.
5. Kejayaan adalah apabila sanggup menerima kegagalan dan penolakan.
6. Kejayaan adalah bermula dengan kesenangan hati.
7. Kejayaan ada pada kesihatan tubuh badan.
8. Kejayaan datang dengan mengakui hidup ini adalah anugerah Tuhan.
9. Kejayaan adalah dengan mencari kesempurnaan,tetapi akur kesempurnaan itu tiada di sisi kita.
10. Kejayaan itu adalah percaya kita memang berjaya.
Kejayaan kita sebagai pelajar bukan sahaja dinilai berdasarkan keputusan peperiksaan kita bahkan dari semua aspek termasuklah sahsiah, sikap dan perwatakan kita. Jadi sama-sama kita renungkan untuk kejayaan-kejayaan mendatang..
Showing posts with label exco akademik. Show all posts
Showing posts with label exco akademik. Show all posts
Monday, May 10, 2010
Sunday, May 9, 2010
STUDY SMART
IPBA sekarang ini sibuk dengan para pelajar yang sibuk dengan aktiviti course masing-masing.Kita dapat lihat mereka yang sedang dalam study week sibuk mengulangkaji dalam pelajaran. Terdapat juga mereka yang sibuk dengan "Play Macbeth" mereka. Namun, pesanan saya sebagai naib exco akademik disini adalah setiap individu harus tahu cara pembelajaran yang betul agar pembelajaran lebih sistematik. pembelajaran haruslah dilakukan secara bijak dan efektif. Saya ingin tegaskan disini tentang cara belajar yang betul. ianya bukan tentang sebanyak mana yang telah kita baca tetapi sedalam mana yang kita faham. Ini adalah salah satu prinsip yang paling penting dalam kaedah pembelajaran.(I DIDN'T GIVE YOU THE FISH, I TEACH YOU HOW TO FISH)....
Labels:
exco akademik
Subscribe to:
Posts (Atom)


