Ads 468x60px

Tuesday, August 24, 2010

PROGRAM MASJID HOPING SIRI 2, 1431H

Pada 20/08/2010 yang lalu, exco kerohanian & sahsiah bersama-sama Majlis Nuqaba' IPG KBA telah berjaya menjalankan program Masjid Hoping Siri 2, 1431H yang mana telah sempurna dilaksanakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program ini disertai oleh pelajar-pelajar KPLSPM ambilan julai 2010 dimana kami telah menempat 2 buah bus untuk program ini. Alhamdulillah, sepanjang program ini dijalankan, segalanya berjalan dengan lancar.

program ini sebenarnya merupakan lanjutan program yang dijalankan pada tahun lepas, 2009.

Ketua rombongan untuk program ini diketuai oleh saudara Mohd Syafiq Fauzan b. Mohd Ghazali bagi pihak lelaki manakala bagi pihak perempuan telah diketuai oleh saudari Siti Salwa bt. Samsudin bersama-sama beberapa orang biro kerohanian yang lain.

Kami bertolak dari maktab seawal jam 6:00pm dan tiba disana pada jam 6:30pm. sesampainya disana, kami membuat sedikit halaqah & pengisian rohani bersama-sama ahli program sementara menunggu masuknya waktu berbuka puasa.

Tujuan kami mengadakan program ini adalah untuk merapatkan ukhwah sesama pelajar muslim tanpa mengira umur, darjat mahupun harta. semuanya sama disisi tuhan. selain program ini juga sebenarnya mampu melahirkan bibit kemanisan dalam diri pelajar dengan merasa seronok beribadat di masjid. program ini juga mampu memberikan satu suntikan idea baru dalam diri pelajar dimana mereka merantau ketempat lain untuk beribadah dan sekali gus boleh mempelajari sesuatu yang baru dan bukan hanya dari perkara yang sama.

Selepas berbuka puasa, kami bersama-sama berjemaah menunaikan solat Maghrib dan seterusnya solat Isyak yang diikuti pula dengan solat Sunat Terawih. program kami ini berakhir pada jam 10:15pm.

0 comments:

Post a Comment