Ads 468x60px

Tuesday, August 10, 2010

MAJLIS SAMBUTAN IHYA' RAMADHAN 1431H



Oleh: Biro Kerohanian & Sahsiah (09/08/2010, isnin)

Majlis Sambutan Ihya' Ramadhan peringkat IPG KBA telah sempurna dilaksanakn pada 09/08/2010. Majlis ini berlangsung dr jam 2:30pm hingga 4:30pm. Program ini adalah anjuran bersama JAPIM yang mana dilaksanakan oleh MPP.

Majlis ini dimuatkan dengan sesi ceramah dr ustaz Hj Asri yang menceritakan tentang keistimewaan bulan ramadhan. terdapat 5 keistimewaan bulan ramadhan yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain, dimana didalam bulan ramadhan ini terdapatya malam lailatul qadar, bulan yang hanya terdapatnya solat terawih, bulan dimana terdapatnya pembayaran zakat fitrah dan kejadian dimana Allah menurunkan al-quran.

Selepas habis penyampaian ceramah itu, para pelajar disajikan dengan persembahan nasyid dr pelajar KPLSPM ambilan jun 2010 dan persembahan dikir barat yang dibawah pimpinan saudara Mohd Syafiq Fauzan.

Kesimpulannya, Majlis Ihya' Ramadhan ini disambut baik oleh saudara seislam di IPG KBA dan kerjasama dan sambutan yang ditunjukkan untuk menyambut bulan ramadhan sangat memuaskan.. akhir kata, selamat mengerjakan ibadah puasa..




1 comments:

Anonymous said...

selamat berpuasa semua =)

Post a Comment