Ads 468x60px

Tuesday, August 10, 2010

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN



Oleh : Biro Kerohanian & Sahsiah 2010/2011 (10/08/2010)

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

1. Dibuka semua pintu syurga, ditutup pintu neraka & dibelenggu para syaitan dan jin.
~ Dari Abi Hurairah beliau berkata: Telah bersabda Rasullah S.A.W yang bermaksud: "Apabila telah tibanya Ramadhan, di buka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan." (hadis riwayat Bukhari, muslim & Nasaaei)

2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70kali.
~ "daripada Salamn r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan syaaban dan sabdanya:- wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu."

3. Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah.
~
" Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keihlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yag telah lalu." (Hadith riwayat oleh Nasai'e Ibn Majah dan Baihaqi)

4. Tawaran pengampunan dosa yang lepas dan akan datang.
~
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

0 comments:

Post a Comment