Ads 468x60px

Saturday, July 31, 2010

Malam Nur Islam di IPG Kampus Bahasa Melayu


Dari tepi : Fadzli , Fakhrulradhi , Bazli

Pada 29 Julai yang lepas, pihak MPP IPG KBA telah diundang untuk menghadiri persembahan nasyid Unique (known as UNIC) yang berlangsung di IPG KBM pada Malam Nur Islam iaitu salah satu aktiviti IPG mereka .

Pihak MPP IPG KBA telah menghantar beberapa orang wakil dari pihak MPP dan ahli Nuqaba' untuk memenuhi undangan dari pihak IPG KBM tersebut . Persembahan tersebut dimulakan pada jam 9.30 malam dan berakhir pada jam 11.30 malam .

Tentatif pada malam itu dimulakan dengan persembahan kumpulan INTERAKSI yang dianggotai oleh pelajar-pelajar dari Universiti Sains Malaysia disusuli pula dengan persembahan kumpulan Unique yang telah mempersembahkan beberapa buah lagu yang sering menjadi halwa telinga peminat-peminat nasyid tanah air seperti lagu berikut :

1. Sebuah Pertemuan
2. Jalinan
3. Ainatul Mardhiah
4. Ke makam Bonda
5. Remaja
6. Hanya Tuhan yang Tahu
7. Menuju Wawasan ( lagu lama yang diberi nafas baru )

Bukan sahaja membuat persembahan nasyid semata-mata, kumpulan ini juga banyak berceloteh dengan aktiviti ramah mesra mereka sambil menyampaikan nasihat dan pengajaran yang berguna untuk semua penonton pada malam itu.

Sebarang maklumat atau informasi berkaitan kumpulan ini bolehlah melayari www.unicrecords.com.my




0 comments:

Post a Comment