Ads 468x60px

Friday, July 2, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah

Persidangan Raja-Raja Melayu yang Pertama selepas MERDEKA!!!

Pada hari ini dalam tahun 1958, Persidangan Raja-Raja Melayu yang pertama selepas merdeka telah diadakan di Istana Negara. Persidangan Majlis Raja-Raja ini telah mencapai kata sepakat secara sebulat suara meluluskan penubuhan Pejabat-Pejabat Hal Ehwal Ugama Islam di Pulau Pinang dan Melaka. Pejabat ini dipertanggungjawabkan terhadap segala aktiviti berkaitan Ugama Islam dan perkembangnya di kedua-dua buah negeri tersebut. Perkara ini adalah selaras dengan peruntukan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang meletakkan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Ugama Islam bagi negeri Pulau Pinang dan Melaka. Persidangan yang berlangsung ini juga telah meluluskan penubuhan Pertubuhan Kemajuan Tanah Persekutuan yang bertujuan untuk menaikkan taraf kehidupan golongan petani di kawasan luar bandar serta meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Selain daripada itu juga sebuah Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Encik Ahmad Perang telah dibentuk bagi mengkaji kemajuan-kemajuan yang telah dicapai oleh kaum bumiputra serta memperbaiki kedudukannya terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan. Sesungguhnya, Persidangan yang diadakan ini merupakan antara langkah awal dalam mengisi kemerdekaan negara.

0 comments:

Post a Comment