Monday, May 10, 2010

10 Petua Kejayaan

Memandangkan kita semua sudah hampir dengan kertas-kertas peperiksaan, marilah kita sama-sama menjengah 10 petua yang diberikan oleh Barbara Bartlein tentang kejayaan.

1. Kejayaan adalah mendapat keputusan yang diingini, dengan cara yang disukai.

2. Kejayaan adalah apabila seseorang itu mempunyai cita-cita dan merancang cita-cita.

3. Kejayaan itu datang bersama cinta dan penghormatan daripada sekeliling.

4. Kejayaan adalah dengan sanggup berbakti kepada masyarakat dengan ikhlas.

5. Kejayaan adalah apabila sanggup menerima kegagalan dan penolakan.

6. Kejayaan adalah bermula dengan kesenangan hati.

7. Kejayaan ada pada kesihatan tubuh badan.

8. Kejayaan datang dengan mengakui hidup ini adalah anugerah Tuhan.

9. Kejayaan adalah dengan mencari kesempurnaan,tetapi akur kesempurnaan itu tiada di sisi kita.

10. Kejayaan itu adalah percaya kita memang berjaya.

Kejayaan kita sebagai pelajar bukan sahaja dinilai berdasarkan keputusan peperiksaan kita bahkan dari semua aspek termasuklah sahsiah, sikap dan perwatakan kita. Jadi sama-sama kita renungkan untuk kejayaan-kejayaan mendatang..

0 comments:

Post a Comment