Tuesday, May 25, 2010

Festival Seni Aswara 2010

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ( ASWARA) akan mengadakan festival SENI ASWARA yang mana merupakan kemuncak pengajian bagi pelajar-pelajar yang mengikuti pembelajaran di ASWARA.

Program ini akan bermula dari 31 Mei 2010 sehingga 11 Jun 2010 bertempat di kampus ASWARA. Festival ini memaparkan karya seni pelajar melalui 'dari kaca mata karyawan muda'. Disamping itu, satu pameran ekslusif hasil kerjasama semua fakulti pengajian ASWARA turut diadakan.

Oleh itu , warga IPG KBA dijemput bagi memeriahkan Festival tersebut.

1 comments:

Post a Comment